Thursday, April 28, 2011

Kemaruk!

Hari ni macam biasa rutin harian aku tak kan lengkap tanpa makan sarapan pagi kat kedai nasik lemak Nenek IMBA.. memang tak senang tido kalau tak mencekik dulu kang ter bawak-bawak dalam mimpi la pulak.. sebab macam hari-hari lain kerja aku lepas kerja yakni lepas pukol 11 malam memang aku akan lepak kat cyber cafe di mana tempat aku keje tu sampai pagi.. then balik rumah buat taik mata.. tapi sblm buat taik mata memang aku tak kan lepas kan peluang makan nasik lemak Nenek IMBA ni.. pekena sambal sotong dia perghhh kalau bole aku telan pinggan aku da telan dah..

Lepas dah melantak macam biasa la balik umah memulakan aktiviti buat taik mata dan kumpul kan air liur basi.. tapi hari ni macam tak boleh melelap kan mata sebab aku asyik pikir ape lah yang aku nak sajikan mata-mata keranjang kawan aku kat blog ni.. biasalah bila ber "blog" ging balik ni macam benda aku nak cerita..macam obses pun ade.. macam-macam dok aku pikir sampai benda aku pikir nak menipu kat blog pun ade.. tapi tu lah nak tipu kang dosa pulak.. kang tak pasal-pasal orang kata aku tak jujur pulak.. buruk nama satu hal... kene pulak para gadis-gadis tgk aku ni penipu.. da terlepas chance aku nak mengorat diaorg pulak..

Aku dok guling-guling atas lantai.. buat tekan tubi seratus lapan belas ratus kali.. tengok muka mak aku tengah tido.. lempang kucing aku secara berterusan smpai dia pengsan ( yang ni aku tipu ) still aku tatau nak post ape.. aku tak puas hati.. aku sambung guling-guling balik.. capai surat khabar baca.. tiba-tiba pap........... **Gelap gelita**

Aku sedar-sedar dah pukol 3 petang.. MAMPOS!!!!!.. aku dah lambat nak pegi keje... !!!!!

p/s : mandi ala-ala kadar calit kat keti deodorant letak bedak kat sume tempat.. then buat muka selamber depan mak aku yang muka dah macam singa sebab kejut kan aku bangun tido macam kejot kan buaya tgh bersemayam..

No comments:

Post a Comment